Buat Semua ibu-ibu tidak kiralah yang di panggil mama, ibu, umi, mak belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu...hehe..hari2 pun hari ibu sebenarnya. Penringatan buat semua berbaktilah pada ibu bapa anda selagi dia masih bernyawa jangan pula kita menyesal dikemudian hari.
Mahizan.com
Perniagaan, kesihatan dan kecantikan
Tuesday, May 15, 2012
Selamat Hari Guru & Hari Ibu
Di kesempatan ini ingin saya mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik. Teruskan menabur baktimu pada semua anak didik agar mereka menjadi masyarakat yang berguna kelak. Jasamu tetap dikenang sehingga ke akhir hayat.
Labels:
umum
Rindu Serindu-rindunya..
Assalam buat semua pembaca blog saya. Sedar tak sedar dah berbulan rupanya saya tidak berceloteh & berkongsi idea & tips dengan sahabat-sahabat semua. Maaf dipinta memandangkan saya kini memang tidak cukup masa & komitmen semakin bertambah memandangkan sekarang telah memiliki sepasang cahaya mata yang teramat memerlukan tumpuan sepenuhnya. Kerja & rutin di pejabat juga semakin bertambah. InsyaAllah saya akan cuba sebaiknya untuk bersama kalian semua kembali. Saya sendiri teramat merindui blog ini. Nantikan pelbagai tips & idea utk kita berkongsi bersama kelak.
Labels:
umum
Wednesday, February 8, 2012
Pentingnya Meminum Air Putih Sebelum & Selepas Tidur
Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca setia blog ini. Seribu kemaafan dipohon kerana setelah sekian lama blog ini tidak bergiat aktif di atas kesibukan harianku.
Hari ini ingin saya kongsikan dengan semua kepentingan meminum air putih sebelum & selepas bangun dari tido. Seperti kita semua sedia maklum tubuh kita dilitupi 70 peratus air. Bayangkan andainya kita kekurangan air. Pastinya ia akan memudaratkan kita.
Semasa tidur tubuh kita telah mengeluarkan banyak cairan melalui proses pengewapan. Maka disebabkan itulah kekurangan air boleh berlaku. Kesemua organ dalam tubuh memerlukan air sepanjang masa untuk berfungsi walaupun dalam keadaan tidur kerana organ2 dalaman tetap bekerja walaupun kita tidur.
Jadi, kita hendaklah sentiasa membantu diri kita sendiri agar tidak mengalami masalah kekurangan air dengan sentiasa mengamalkan meminum air putih sebelum tidur dan sesudah bangun dari tidur. Tubuh kita pastinya akan berasa segar & bertenaga.
Labels:
kesihatan
Sunday, November 27, 2011
Salam Maal Hijrah 1433H
Salam Maal Hijrah buat semua pembaca blog saya. Semoga tahun 1433H ini akan menjadikan kita lebih berjaya & menjanjikan segala kebaikan buat semua. Yakinlah setiap usaha yang kita lakukan pastinya akan membuahkan hasil yang penting kesungguhan & doa. InsyaAllah, sama-samalah kita berusaha ke arah itu & semoga kita menjadi hamba Allah yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya..Amin.
Labels:
umum
Friday, November 11, 2011
10 Tips Kejayaan Perniagaan Kecil
Setiap perniagaan besar bermula dengan perniagaan kecil. Berikut adalah 10 tips ringkas ingin dikongsikan bersama:
1. Mencari Satu Bidang - Menumpukan usaha di dalam satu bidang & memahirkan diri di dalam bidang tersebut adalah terbaik kerana perniagaan kecil biasanya mempunyai sumber yang terhad. Pastikan anda betul-betul pakar di dalam bidang anda
2. Berfikiran besar walaupun bisnes kecil - Selalu memikirkan bagaimana boleh menandingi pesaing2 besar. Gunakanlah kelebihan yang ada seperti servis peribadi terbaik kepada pelanggan anda.
3. Bezakan produk - Bezakan produk/servis anda dari pesaing-pesaing anda. Elakkan daripada meniru.
4. Jaga pandangan pertama pelanggan - Peluang biasa hanya datang sekali. Pastikan pelanggan sentiasa nampak anda dalam keadaan yang baik, professional & pakar dalam bidang anda.
5. Jaga nama baik - Reputasi harus sentiasa dijaga. 2 perkara penting dalam menjaga reputasi adalah dengan memastikan barangan anda berkualiti tinggi & penyediakan perkhidmatan yang unggul.
6. Peningkatan berterusan - Bertindak cepat dalam membuat keputusan untuk meningkatkan produk & perkhidmatan terbaik. Jangan terhegeh-hegeh.
7. Dengar Pelanggan Anda - Dengar keperluan pelanggan dan pastikan pelanggan dapat merasa bahawa mereka penting kepada anda. Bila anda fokus pada pelanggan dan medapat keyakinan mereka, mereka bukan sahaja akan mencadagkan anda malahan juga setia kepada anda.
8. Buat perancangan bagi kejayaan - Seorang usahawan harus faham kuasa perancangan. Sesuatu projek yang baik dapat membantu anda meningkatkan peluang untuk berjaya dan boleh membantu mentakrifkan konsep perniagaan, kos anggaran, meramalkan jualan dan mengawal risiko anda. Ia mampu memberitahu anda di mana anda pergi dan bagaimana untuk sampai ke sana.
9. Inovatif - Menginovasi tawaran-tawaran anda sentiasa, seiring dengan perubahan teknologi.
10. "Work Smart" - Sentiasa yakin diri & berusaha keras memajukan diri & cepat dalam tindakan.
Labels:
motivasi,
perniagaan
Friday, October 28, 2011
8 Tips Mudah Menghindari Kanser
Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tips mudah untuk menghindari kanser yang boleh diambil. Dengan hanya mengubah beberapa gaya hidup sahaja, kita sebenarnya mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser. Banyak faktor sebenarnya dalam terjadinya kanser, tetapi sebenarnya ia masih mampu dielak.
(1) Jauhi merokok & Terdedah kepada asap rokok
Merokok merupakan punca utama kepada kanser paru-paru dan beberapa lagi kanser. Cara terbaik untuk mengelak kanser adalah dengan berhenti merokok @ jangan memulakan langsung. Pendedahan kepada asap rokok juga sebenarnya adalah amat berbahaya. Asap rokok yang disedut tadi mampu membentuk sel-sel barah di dalam tubuh seseorang.
(2) Elakkan pendedahan kepada cahaya matahari
Kanser kulit kebanyakannya berpunca daripada pendedahan kepada cahaya matahari yang terlalu lama. Ini kerana pancaran siar UV di dalam matahari terkena secara berterusan pada kulit kita. Ianya dapat dielak dengan sentiasa memakai losyen yang mampu menapis sinaran UV dan memakai pakaian yang tertutup setiap kali menjalankan aktiviti di luar rumah.
(3) Makan buah & sayur
Diet yang seimbang banyak faedahnya. Bukan hanya mampu menghindari kanser, malah tubuh juga sentiasa sihat & cergas menjalankan rutin harian. Buah & sayur mempunyai bahan antioksida yang mampu membaiki sel yang rosak di dalam tubuh kita. Blueberries & anggur dikatankan mempunya bahan anti-kanser yang sangat baik utuk seseorang. Manakala sayuran seperti brokoli & bunga kobis juga sangat baik dalam mengelakkan kanser.
(4) Kurangkan Pengambilan Daging Merah & Lemak Haiwan
Kanser kolon berpunca daripada pengambilan lemak haiwan yang berlebihan. Daging yang berwarna merah mempunyai lebih lemak jika dibandingkan dengan ikan. Pengambilan Lemak Haiwan yang berlebihan juga boleh menyebabkan obesiti yang boleh terdedah kepada bnyak lagi kanser2 lain.
(5) Bersenam
Bersenamlah sekurang-kurangnya 30min sehari @ sekurang-kurangnya 5 hari seminggu untuk mengelakkan kanser. Bersenam tidak semestinya kita perlu ke gimnasium tapi ianya mampu dilakukan di mana-mana sahaja kita berada.
(6) Kenali diri & Sejarah Kesihatan Keluarga
Kanser buah dada, kolon, ovari dan beberapa lagi kanser boleh diwarisi. Sekiranya anda mengetahui sesiapa sahaja di dalam keluarga anda menghidapi kanser, segeralah berjumpa & berbincang dengan doktor. Dengan cara ini kita mampu mendapat bimbingan & nasihat daripada doktor mengenai cara-cara pencegahan awal.
(7) Amalkan Seks yang Sihat
Seks yang tidak sihat boleh membawa kepada HPV infection. HPV boleh merebak melalui seks dan juga sentuhan kulit ke kulit.
(8) Pemeriksaan Kesihatan
Pemeriksaan kesihatan bukan sahaja dapat mengenal pasti barah tetapi juga boleh mengelakkan terjadinya barah. Apa yang penting periksaan hendaklah dilakukan secara berkala bukan hanya ketika terpaksa sahaja. Semua barah@kanser boleh dihindari terus andainya kita sentiasa menjalankan pemeriksaan kesihatan secara keseluruhan.
P/S: Hubungi saya sekiranya anda berminat dengan pakej pemeriksaan kesihatan keseluruhan yang sangat menarik!! Money back guarantee!
Labels:
kesihatan
Friday, September 23, 2011
Kanser.. Tidak takutkah anda dengan perkataan itu?
Pengesanan awal kanser dapat memastikan rawatan pemulihan yang bakal dijalankan berjaya.
Terdapat dua komponen utama pengesanan awal kanser: pendidikan dan pemeriksaan (pemeriksaan kesihatan secara keseluruhan).
Tidak semestinya apabila terdapat tanda barulah anda sibuk untuk membuat pemeriksaan kerana mungkin tanda hanya dapat dikesan setelah sel-sel barah tersebut telah pun merebak. Sebaiknya kita sendiri haruslah ada kesedaran diri sendiri untuk mengambil langkah awal dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara keseluruhan sekurang-kurangnya sekali setahun.
Wanita terutamanya teramat mudah untuk menghidapi kanser seperti kanser pangkal rahim & juga kanser payudara. Kedua-dua organ ini sebenarnya adalah organ-organ yang sangat aktif terutamanya bagi mereka yang sudah berumah tangga. Tidak bermakna hanya ketika berusia baru perlu risau tetapi wanita muda juga sekarang ini ramai yang terpaksa bertarung nyawa dengan kanser.
Bagi kaum lelaki pula, golongan yang kuat merokok perlulah berwaspada lebih. Mati pasti akan menjelma cuma kita tidak mahu mati itu disebabkan oleh penyakit-penyakit yang semenangnya mampu dirawat & dikesan awal.
Beberapa tanda awal kanser termasuk ketulan-ketulan, kudis-kudis yang gagal untuk disembuhkan, pendarahan tidak normal dan masalah pencernaan berterusan.
Pemeriksaan merujuk kepada penggunaan ujian-ujian mudah ke atas seseorang untuk mengenal pasti individu yang mempunyai penyakit, tetapi belum lagi ada gejala-gejala. Contoh termasuk penyaringan kanser payudara menggunakan pemeriksaan mamografi dan barah pangkal rahim menggunakan kaedah-kaedah penyaringan sitologi, termasuk calitan Pap (Pap Smear).
Sama-samalah mengambil langkah awal dengan menjalankan pemeriksaan kesihatan.
Labels:
kesihatan
Subscribe to:
Posts (Atom)




