Tuesday, April 26, 2011

5 Tips Mengatasi Masalah Keguguran Rambut

Masalah keguguran rambut adalah satu perkara biasa yang dihadapi oleh kaum wanita yang bertudung & wanita selepas bersalin. Pelbagai promosi ditawarkan oleh salun-salun kecantikan untuk merawatnya tetapi kos nya amatlah mahal. Di sini ingin saya berkongsi tips mudah dan jimat dari warisan nenek moyang kita.

Tips 1 :
Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. p/s : anda boleh dapatkan minyak bijan di kedai mamak

Tips 2:
Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai.

Tips 3.
Ambil sedikit daun inai. Tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air asam jawa.
Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut sampai bersih. Amalkan seminggu 2 kali, Insyaallah , anda tidak akan mengalami masalah keguguran rambut.

Tips 4.
Ambil beberapa helai daun rambutan yang muda, kemudian bersihkan. Ramaskan daun itu bersama air sehingga keluar lendirnya. Kemudian sapukan lendir itu pada rambut. Biarkan selama 20 minat, selepas itu bilas dengan air bersih, Lakukan 2 hari sekali dan nikmati hasilnya.

Tips 5.
Sediakan Bahan-bahan seperti berikut.
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar santan asli
  • 2 sudu besar minyak kelapa
Caranya:
  1. Kisar semua ramuan dengan alat pengisar kelajuan sederhana selama lebih kurang 30 saat, ramuan akan berbuih kerana terdapat telur.
  2. Ketika mandi selepas membersihkan rambut dgn syampu, sapu rata ramuan tadi dan urutkan keseluruh kulit kepala.
  3. Biarkan selama 5 minit sebelum membilas bersih sebaiknya mengguna air suam.
Boleh diamalkan setiap hari. Ramuan yang disediakan ini tahan selama lebih kurang 5 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.

Semoga sedikit sebanyak dapat membantu kita semua. Lain orang lain cara yang serasi dengan mereka. Selamat Mencuba!

2 comments: