Friday, April 8, 2011

9/10 Punca Rezeki Adalah Dari Perniagaan

Islam menggalakkan umatnya untuk berniaga kerana perniagaan itu tidak kiralah kecil atau besar mampu mengubah hidup seseorang dari kehidupan biasa2 kepada kehidupan "luar biasa". Lihat sahaja tokoh-tokoh korporat yang kaya raya semuanya adalah seorang peniaga. Malah nabi kita juga merupakan seorang peniaga. Lihat sahaja contoh isteri nabi iaitu Siti Khadijah merupakan seorang peniaga yang kaya-raya. 9/10 punca rezeki adalah dari berniaga & selebihnya dari punca-punca lain.

Saya sendiri memang berminat berniaga sebab saya yakin hanya dengan berniaga saya dapat hidup senang & bahagia. Saya yakin sekiranya sesuatu perniagaan itu dilaksanakan di landasan yang betul di samping tidak melupakan Allah insyaAllah Allah akan melipat gandakan rezekinya & merahmati kita.

Sudah hampir sepuluh tahun saya bekerja makan gaji & saya dapati hidup saya hanyalah biasa2 sahaja. Sekiranya kita berusaha keras @ malas bekerja, pendapatan tetap di tahap yang sama. Kalau malas paling kurang pun kita akan diberikan surat tunjuk sebab tetapi gaji tetap berjalan seperti biasa. Berbeza dengan bidang perniagaan, sekiranya kita berusaha lebih maka lebih lah yang kita akan dapat. Ini juga dapat menggalakkan kita untuk lebih berusaha keras & rajin untuk berfikir cara untuk memajukan lagi diri.

Adalah menjadi kebiasaan didalam setiap perjalanan perniagaan itu kita akan menempuh kegagalan. Bangkitlah semula & jangan berputus asa!! Yakinlah dengan hanya beberapa langkah lagi anda dapat menggapai kejayaan di hadapan.

Maka mulakanlah perniagaan anda sekarang! Hanya melalui perniagaan anda akan jadi kaya & keluar dari kepompong kesusahan. Hanya dengan perniagaan juga anda dapat berubah dari hidup biasa2 kepada luar biasa. Kesimpulannya untuk menjadi kaya jalan yang paling pantas adalah menerusi perniagaan. Jom sama2 kita berniaga!

No comments:

Post a Comment